Saya memang suka sesangat ni kalau berjalan,pantang orang ajak berjalan memang nak pergi aje. Tapi palaing saya suka berjalan dengan suamilah...Rasanya tak ada orang yang tak suka berjalan apatah lagi dengan orang yang mempunyai minat yang sama dengan kita. Boleh lah berkongsi idea atau apa saja maklumat yang kita baca sebelum tiba di tempat yang kita melancong tu.
Saya suka window shopping,tapi kadang-kala tershopping juga. Biasalah orang perempuan itu adalah perkara biasa dan tidak pelik.Adalah pelik bin ajaib kalau orang perempuan tu tak membeli-belah,macam biasa bagi kawan-kawan yang mengenali saya akan menjadi pembeli setia barangan yang saya bawa balik dari luar negara.
Tudung Bandung,palaing laris dan dapat sambutan menggalakan dari kawan-kawan: